Post Top Ad

Saturday, December 18, 2010

mari menderhaka

segmen ini ditaja oleh brader ben :)

hai CMG, habisla resipi kamu.....jangan salahkan sayer...brader ben yang suruh...ampun tuanku...
yer tuan2 dan puan2....ari nie saye akan memperkenalkan resipi terbaru sayer,sesuai untuk ibu2 yang baru lepas bersalin ( habisla korang ) * don't try this at home*

SAMBAL TERUNG ALA IBU BERANAK

BAHAN-BAHANNYA :
2 biji terung biru panjang yang tak dibasuh....kalau basuh,ilangla zat kat terung tuh
1 batang serai, disimpan selama 2 minggu dalam peti ais, biar layu
1/4 cawan jus asam jawa yang dibiarkan selama sebulan ditepi sink
Gula dan garam berkati2

BAHAN TUMBUK HALUS :
60 biji cili merah & 120 biji cili padi
50 biji bawang merah yang diperam ngan pati sirap
259 ulas bawang putih
13 biji buah keras
1 kuali besar, udang kering, rendam sehingga lembik
1/2 inci belacan penang
1/3 inci kunyit hidup yang masih bergerak

CARA MEMBUATNYA :
  1. Terung dibuang sedikit kulitnya, hiris serong dan rendam dalam air bergaram. Serai dititik. Ketepikan lalu dibuang ke dalam tong sampah.
  2. Panaskan minyak untuk goreng menggoreng, terung tadi ditoskan dan lap kering dengan towel tebal(dikhuatiri terung tu menggigil kesejukan), tabur sepaket garam dan gaul rata dan goreng hingga hancur, angkat, tos dan susun atas beberapa helai  towel. Biar minyak terserap.
  3. Cedok keluar minyak dan tinggalkan untuk memasak sambal. Masukkan bahan tumbuk halus dan serai , tumis hingga hangus, masuk jus asam jawa kacau dan tambah garam semangkuk serta gula. Masak dengan api yang kuat hingga meletup dapur. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Susun terung tadi dalam besen, sudukan sambal atas terung dan ratakan. Hidangkan segera bersama nasi hangat...
AMARAN : JANGAN CUBA, KALAU NAK CUBA GAK, RISIKO TANGGUNG SENDIRI.......IKUTLAH LANGKAH YANG SELAMAT...klik sini


entry posted by:
11:13:00 PM / by / 6 Comments

6 comments:

  1. haha. yg ni kalau makan sure merana masuk ICU...pengsann..silap2 koma!..

    ReplyDelete
  2. ye.. terung kesejukan di musim winter..
    salam kenal n gudlak

    ReplyDelete
  3. Syafiq Rosli:mesti sedapla bro, tukang masak terhandal di rumah...
    Mat Gebu:haisshh...jgn ckp camtu,belum cuba belum tau,tapi sblm tu tempah keranda dulu... :D
    nur:salam kenal... :)

    ReplyDelete
  4. hehehe....seorang lagi penderhaka ya...ahaks....

    ReplyDelete
  5. Pendekar Berkuda: patik memang suka menderhaka....hohoho

    ReplyDelete

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)

Post Top Ad