Post Top Ad

Thursday, March 17, 2011

Sejarah Hikayat Merong Mahawangsa

owh..aku peminat sejarah...aku suke cerita yang berunsurkan sejarah..ini cerita betul. aku memang suke sejarah..sebab tu aku bley dapat A mase SPM dulu..hehe...seyes!

me @ TGV Bukit Raja
5/5 for hikayat merong mahawangsa (KRU studios)
"Kajian kami mendapati sambutannya amat menggalakkan di panggung TGV Bukit Raja, Klang" sumber :harian metro

ok..sebelum aku nak cerita pasal kisah epik ni, aku dapati ade penambahan dalam movie arahan KRU ni...biaselah tu...penambahan tu dibuat untuk menampakkan cerita tu lebih menarik. kalau nak tau cerita epik yang sebenar, korang kene kaji sendiri..bukak buku sejarah..pegi muzium (belum berkesempatan nak pegi muzium kedah)...tapi walau ape pun,jalan cerita sangat menarik...aku rase macam nak gi tengok skali lagi..ade sesape nak teman x?

sebenarnye, merong mahawangsa ni adelah pengasas kerajaan langkasuka dimana dierla yang membuka negeri kedah suatu mase dulu. kononye dier adelah dari keturunan iskandar zulkarnain. merong mahawangsa ni beragama hindu. terdapat 9 pemerintah hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk agama Islam dengan menggunakan nama Sultan Mudzafar Shah (dalam movie:sebagai pencerita)


Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai kemasyarakatan, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam hikayat ni menyatakan yang Merong Mahawangsa adalah seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tapi dier jugak menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.
Angkatan Merong Mahawangsa yang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh angkatan Garuda. setelah itu,dier bukak negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. dier pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.
sumber : wikipedia

so,dari cerita epik ni..kite bley tengok perbezaan cerita tu..
  1. xde name merong mahasuasa..(kononnye penah buat kacau kat negeri cina)...dialognye lawakla..hehe
  2. dalam movie,dier xsempat tengok anak dier sedangkan dalam hikayat yang sebenar, dier  menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja
  3. isterinya xdapat dikenalpasti sama ada bernama embok atau lain.
  4. ibu merong mahawangsa bukan berasal dari kedah seperti dalam movie.
  5. sebenarnye, serangan garuda tu bukanla angkatan lanun..tapi burung garuda tu sendiri yang menyerang angkatan merong mahawangsa.
setakat itu jer yang aku tau buat mase ni...kalau ade sesape yang tau lebih detail...bleyla share2...sharing is caring right..hehe..

ok...next entry after this..bye..!!

* hope this info can help u olz... :)

salam peluk cium,

    

10:17:00 PM / by / 5 Comments

5 comments:

  1. x sempat nak g tengok lagi..uisy, x saba lak rasa nak tgk..

    ReplyDelete
  2. niesz x tgk lagi, tgk dekat tv mcm best, ye la, bkn senang org kite nk buat cerita hikayat mcm ni kan..

    ReplyDelete
  3. memang lepas balik tengok movie n terus study la. haha

    ReplyDelete
  4. Saya kecewa sangat sebab plot cerita lari. Ingatkan dapat tengok cerita sejarah macam cerita Bukit Kepong tu.

    ReplyDelete
  5. @suraya

    emm...cite epik ni untuk tujuan komersial...sebab dier xbuat ikut hikayat sebenar, sebab ade unsur2 yang xberape nak logik & mungkin akan buat penonton semakin xpaham...sebab tu dier xikut 100% dengan citer betul...dah nama pun hikayat,ade bende2 yang xlogik. walaupun citer dier bukan 100% citer betul,tapi great kan?dengan kesan cgi dier..memang double thumbs up~

    ReplyDelete

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)

Post Top Ad