Post Top Ad

Saturday, March 19, 2011

Sejarah Tsunami

heloooo....aku baru balik dari kelas hydrografi lagi...wahh..enjoy belajar pasal pemetaan kat permukaan laut..tetibe lecturer pun terkeluar pasal kisah tsunami...

ok kengkawan..arini kite belajar sejarah lagi yer..kali ni sejarah berkenaan geogafi bumi kita ni....macam mane keadaan tsunami tu bley jadi???cer teka..cer teka...haha..


ok..meh aku explain sket berdasarkan ape yang aku tau..

tsunami adalahn sekumpulan ombak besar. biasanya disebabkan oleh ketidakstabilan aktiviti dalam laut. bila berlaku perubahan air laut yang secara tiba-tiba atau berlakunya pergerakan plat lautan yang turun naik disebabkan oleh gempa bumi, terjadilah tsunami yang akibat daripada graviti. Ombak yang bergerak sangat bahaya dan boleh mengakibatkan kerosakanapabila menghempas ke pantai. Perkataan tsunami berasal dari perkataan Jepun yang bermaksud ombak pelabuhan. Pembentukan tsunami xde kaitan langsung dengan bidang astronomi- yang mana boleh dikaitkan dengan pergerakan planet, bulan dan matahari. Selain dari gempa bumi, tsunami juga boleh disebabkan oleh letupan gunung berapi, tanah runtuh di bawah laut dan beberapa kejadian yang lain. ade kene mengene ke dengan pembangunan yang xterancang seperti yang dinyatakan oleh datin rosmah???datin rosmah, sila rujuk kepada pakar sains...

macam mana gempa bumi bley menghasilkan tsunami??

ok..begini ceritanya..tsunami dihasilkan oleh gempa bumi yang berlaku kat dasar laut. selalunya muncul kat sempadan bumi yang terdiri daripada plat-plat tektonik. bila plat-plat ni bertembung antara satu sama lain, ia akan menyebabkan gempa bumi yang mana akan berlaku perubahan pada permukaan laut. Kejadian ini menyebabkan gangguan terhadap permukaan laut dan menghasilkan ombak tsunami yang sangat besar.

kat mana dan macam mana tsunami terjadi??



Tsunami boleh dihasilkan kat mana-mana je samada kat laut, laut pedalaman..etc. Setiap benua mempunyai kadar frekuensi dan bentuknya yang tersendiri dalam menghasilkan tsunami samada kecil atau besar. Kebanyakan tsunami terjadi di Lautan Pasifik yang meliputi 1/3 daripada permukaan bumi dan dikelilingi oleh banjaran-banjaran bersambungan, lembangan lautan dalam dan lengkungan pulau yang dikenali sebagai lingkaran berapi.


xpaham lagi????meh tengok sini plak...



ok..sekarang dah paham??so,kesimpulannyer...kejadian ni terjadi bukan sebab salah manusia sendiri. kejadian ni terjadi adelah disebabkan faktor geografi fizikal mukabumi ni...

*tetibe teringat pintu belakang UiTM Shah Alam ditutup sebab tanah mendap..harap xde pape yang kejadian serius yang berlaku..


salam peluk cium,

4:20:00 PM / by / 5 Comments

5 comments:

  1. owh sekarang dah faham...
    thx 4 da information !
    hehe

    ReplyDelete
  2. huu. takot laa dgn tsunami niehh T_____T tgok video yg jadi kat jepun tu pom dasyat kot .. moga malaysia selamat la drpd bencana :)

    ReplyDelete
  3. emm..tu la kan..tsunami terjadi bkn sbb pembangunan x terancang..tu banjir kilat..btw nice this info..

    oh ya..salam kenal..ditag org utk join contest di blog ini so kita terjah dulu..

    ReplyDelete
  4. ape yang kita tahu, kita kongsi..sharing is caring kan??hehe..

    ReplyDelete

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)

Post Top Ad