Post Top Ad

Saturday, July 16, 2011

Saturday Extreme # Pasal Bola Pun Nak Gaduh???

assalamualaikum dan selamat malam wahai kawan-kawanku...sambil2 melayan drama melayu ni, molek benarlah kiranya aku mengarang sebuah entri untuk dipublish ke khalayak ramai....wahhh gitu....

setelah menonton aksi perlawanan persahabatan antara malaysia dan liverpool, aku agak berpuas hatilah jugak dengan match tu dengan keputusan 3-6...tahniah kedua-dua pasukan dengan aksi2 yang hebat tu....

tapi dengar jugak suara2 xpuas hati....alaa, biasela tu... tapi xperlula sampai maki hamun...macam tu sikap rakyat malaysia ke? kata sayang malaysia, tanah tumpah darahku konon...xnaklah macam tu...janganla sebab benda yang xseberapa ni nak dijadikan isu untuk bergaduh..

xkurangnye jugak yang maki fans football club yang lain selain Malaysia. kononyer xde semangat negara sendiri, mengagungkan orang luar...

meh aku bagi pendapat aku plak........

 "......owh, tang tu hangpa semangat kenegaraanla plak, kononye orang lain xmenghayati semangat malaysia....tang lain lagu mana???"


  1. menyokong barang buatan luar..
  2. menyokong perhimpunan yang xde hala tuju & boleh mencalarkan maruah negara sendiri..
  3. membudayakan budaya luar kat negara sendiri.. contoh: pakaian, makanan, adat...etc..
  4. kononyer citer melayu xde 'class'...xlayan citer melayula konon...
"......ingat x subjek sejarah dulu?? adekah disebabkan bola sepak, maruah malaysia boleh tergadai macam mana melaka dijajah dan diambil oleh portugis pada tahun 1511?? cer fikir...yer..mungkin pemikiran dijajah, tapi xla sampai maruah negara dijual dan orang lain boleh amik malaysia..daripada korang bersorak dalam perhimpunan haram yang boleh memalukan negara sendiri kat orang luar...dan mungkin jugak diorang terfikir untuk amik kesempatan terhadap kekacauan yang berlaku tu...."

"....aku rasa xsalah pun nak sokong mana2...walaupun sokong arsenal,liverpool, chelsea skali pun....malaysia tetap malaysia. kita sebagai rakyat malaysia tetap berjiwa malaysia...cuma mungkinla skali skala nak tengok aksi diorang depan mata, so tersokongla plak kan...."

pasni xmo kutuk mengutuk dah yer....teruskan semangat bersukan yer..itu yang kita mahu.... ;)
10:34:00 PM / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)

Post Top Ad