Post Top Ad

Monday, January 16, 2012

Bahasa Muda-Mudi

assalamualaikum dan selamat petang kepada semua pembaca..sambil minum kopi makan pisang goreng, ringan-ringankan kepala anda untuk membaca....membaca kan jambatan ilmu??ngeh3x

korang perasan x bahasa muda-mudi sekarang??aku pun muda remaja gak, tapi jarangla nak pakai bahasa gitu sebab aku sendiri pun xpaham...


contoh:

aq = aku
tataw/tatau = tak tau
letew = le tu
cayunk/yayunk = sayang
anjew = manja
bucuk = busuk
korunk = korang

emm..macam2 lagilah...perkataan2 gini nak dikategorikan ape ek?nak kate gedik, xla jugak..nak kate xmaatang xla jugak...tapi bagi aku, terasa sangat annoying bila membaca perkataan2 sebegini rupa.tambah2 kat pembaca2 yang dah season...eh,silap..pembaca yang lebih senior..cewah..

mungkin ade yang akan cakap kat entri ni, "suka, baca..xsuka,tutupla"....emm...kalaula 500orang pembaca mengamalkan tagline itu, dah berapa ramai korang kehilangan pembaca??

emm..nasihat aku, terpulangla nak dengar ke x..hak masing2.lagi pun aku bukanla hebat sangat blogging2 nih..
better gunakanlah perkataan yang mudah difahami oleh para pembaca. kita xtau selera pembaca macam mana...kalau macam aku, selera eksotik sket..susah nak melayan  perkataan2 gitu..maybe disebabkan faktor usia..nak guna bahasa2 manja sebegitu, gunala dalam phone time mesej kekasih ati korang...tapi rasenye xsesuai kot nak digunakan dalam penulisan blogging...

till then, majulah blogging untuk negara...bye..assalamualaikum
5:49:00 PM / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)

Post Top Ad