Post Top Ad

Friday, January 20, 2012

Tips Cinta Baru



Baru putus dengan pasangan?tetapi sudah ada pengganti dengan cepat sekali?perlukah terima cinta baru?hurmm..tepuk dada tanyalah kehendak diri adakah itu yang kita cari. Cinta tidak perlukan masa ntuk datang. Kadang-kadang ia hadir tanpa kita sedari dan tanpa kita minta pun. Tapi adakah kita benar-benar bersedia dengan cinta baru?haa..yang tu patut korang fikirkan...kita kena tanya diri kita, adakah kita terima cinta tu kerana kita benar-benar memerlukannya atau sekadar mengisi kekosongan. Dalam erti kata yang lain...SUNYI...kalau itu jawapan anda, sila jauhkan diri dari pasangan anda kerana berkemungkinan besar anda akan mengecawakan dan menghancurkan harapan si dia. Nak tips untuk cinta baru?jom jenguk sikit apa yang patut kita ambil berat..


Jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi
Agak susah bagi seseorang untuk mempercayai pasangan selepas kekecewaan yang dialami terdahulu. Jadi jangan aspect yang pasangan kita akan mengharap 100% cinta dari kita. Mungkin si dia akan cuba membuat sesuatu untuk menguji diri kita. Dan satu lagi, jangan terlalu memberi kepercayaan terhadap pasangan bagi mengelakkan sesuatu yang xdiingini berlaku pada masa akan datang


 Bebaskan si dia
Jangan kongkong kemahuannya. Bukanlah bermaksud ikut sahaja cakap si dia. Biarkan si dia dengan minatnya. Jangan melarang itu ini. Sifat lelaki, mereka akan rimas dengan kata-kata wanita...tambah apabila wanita kata ‘tak boleh’....kalau hobinya dengan kereta, biarkan si dia dengan keretanya.mungkin itu salah satu cara si dia untuk melepaskan tekanan


 Berikan si dia ruang
Jangan asyik nak berkepit dengan si dia 24jam. Si dia juga mahukan ‘privacy’. Ada masa mahu bersama kita, ada masa mahu bersama teman-teman. Fahamilah keadaan si dia jika si dia tidak dapat bersama anda


Kisah silam bukan cerita terbaik
ingat!jangan sesekali ungkit kisah silam anda walaupun anda hanya ingin meluahkan ketidakpuasan hati pada cinta lama. itu bukan kisah terbaik untuk anda ceritakan kepada si dia. walaupun anda tidak berniat, tetapi secara tidak langsung anda mungkin mengecewakan si dia dengan perbandingan dirinya dan cinta lama anda sebagai contoh. jangan biarkan keadaan ini mengeruhkan cinta yang baru anda miliki


Kata-kata romantis
Agak terlalu awal bila memberi kata-kata romantis di awal perkenalan. Cukuplah sekadar memberi tahu bahawa si dia amat penting dalam hidup anda. Jangan sampai buat tak tahu sahaja, nanti kata tak ambil berat langsung dan si dia mungkin rasakan dirinya tak penting dan tak diperlukan dalam hidup anda


Pelaburan itu penting
Opss, pelaburan bukanlah bermaksud menggunakan wang ringgit. Anda silap! Sewajarnya pelaburan cinta dan kasih sayang yang jauh lebih penting. Ingat, karma menyatakan “what you give, you get back”. insyaAllah kalau itu yang kita beri, itu juga yang kita dapat


Allah sentiasa bersama kita
Ini yang paling penting dalam hidup umat Islam. Sentiasalah berdoa untuk dapatkan yang terbaik. insyaAllah Allah akan memudahkan urusan umatnya. Betulkan niat dan nawaitu untuk memiliki si dia. Dengan izin Allah, si dia akan menjadi milik kita
6:56:00 PM / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)

Post Top Ad