Post Top Ad

Thursday, October 4, 2012

Profil Juri Masterchef Malaysia 2


Chef Jo

Moh Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Chef Jo yang berusia 55 tahun merupakan juri MasterChef Malaysia paling "senior". Bekas Presiden Persatuan Chef Malaysia ini mendapat pendidikan di Universiti Teknologi MARA, Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Institut Teknologi MARA pada tahun 1975 dengan lulusan Diploma Latihan Chef.

Bermula dari situ, Chef Johari menimba banyak pengalaman bekerja di hotel-hotel terkemuka di ibu negara. Beliau juga pernah memegang jawatan penting di beberapa buah syarikat makanan di Malaysia termasuk sebagai Timbalan Pengarah F&B di Tradewinds Corporation Berhad dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebagai salah seorang ahli dalam Retail Advisory Council.

Chef Johari juga pernah diiktiraf sebagai pakar masakan dalam pelbagai acara seperti di WorldSkills Competition (Skills Olympic) di London pada September 2011 dan 1 Culinary for the 7th ASEAN Skills Competition pada tahun 2008.

Selain itu, Chef Johari terus mencurahkan ilmu masakannya kepada generasi muda melalui institusi pengajian tinggi seperti UiTM, Kolej Taylor, KDU dan Universiti Utara Malaysia.



Chef Zubir

Berusia 45 tahun, Zubir Bin Md Zain atau Chef Zubir sentiasa nampak muda dan bertenaga. Jurulatih dan Ketua Pasukan untuk pasukan chef Malaysia ini sentiasa bersemangat tinggi memastikan kejayaan anak-anak buahnya dalam apa jua pertandingan masakan yang disertainya.

Chef Zubir mendapat pendidikan dalam Diploma Latihan Chef di Institut Teknologi MARA pada tahun 1988. Pendidikan yang diperolehinya tidak disia-siakan apabila menjadi pensyarah di institut yang sama yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA, Malaysia. Selain itu, Chef Zubir pernah menimba pengalaman di bawah pengawasan Chef Anton Mossiman di Anton Mossiman Exclusive Dining Club Belgrave Square, London.

Beliau pernah bekerja sebagai Eksekutif Sous Chef di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur selain bekerja di hotel-hotel terkemuka lain di ibu negara. Chef Zubir juga turut melibatkan diri di arena antarabangsa dalam bidang masakan di Jepun, Austria, Amerika Syaraikat dan Singapura.

Chef Zubir pernah mengharumkan nama negara dalam beberapa pertandingan masakan di luar negara. Beliau menjadi Ketua Pasukan dan Jurulatih serta pengurus untuk pasukan Malaysia untuk Worldskill Cooking Competition, Excel di London, Food & Hotel Asia Culinary Challenge,Singapore dan memenangi 2 pingat perak dan Asian Junior Chef Challenge, Indonesian Salon Culinaire-Food & Hotel Indonesia dan memenangi pingat emas dan juara keseluruhan.


Chef Amran

Chef Amran mendapat latihan sebagai chef di Stamford College di Kuala Lumpur, Chef Amran mendalami bidang masakan klasik Perancis. Kemudian, beliau melanjutkan latihannya sebagai chef di Carcosa Seri Negara, salah satu hotel bertaraf lima bintang di kota Kuala Lumpur.

Pencapaiannya dalam bidang masakan bermula dengan pembukaan dua buah restoran miliknya iaitu Champor-Champor di Langkawi pada tahun 1994 dan sebuah lagi restoran Champor-Champor London Bridge di kota London pada tahun 2000. Kedua-dua restoran ini telah mendapat beberapa pengiktirafan, anugerah serta ulasan yang menakjubkan. 

Ketika restoran Champor-Champor London Bridge beroperasi, Chef Amran juga menjalankan kelas masakan yang popular setiap hari Sabtu. Kelas masakan ini menumpukan masakan Melayu, Malaysia dan juga hidangan-hidangan "Champor-Champor"Selain itu, Chef Amran terlibat dalam beberapa demonstrafi masakan memperkenalkan masakan Malaysia seperti di Selfridges, Oxford Street di London, Masterchef Live di Olympia, London dan di International Food Exhibition (IFE) di Excel.

Selama lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang masakan, Chef Amran menjelajah hampir kesemua negara Asia Tenggara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia, Burma, Cambodia, Laos, Vietnam, China, India dan Sri Lanka. Ketika pengembaraan ini, Chef Amran banyak belajar tentang keindahan masakan tempatan dan juga resepi-resepi rahsia mereka.



9:00:00 AM / by / 3 Comments

3 comments:

  1. Juri masterchef2 nie memang powerful tapi yang annoying pulak para pesertanya pulak... make me sick bila tengok ...

    ReplyDelete
  2. salam ukhwah.. 1st time dtg singgah sini.. dari : http://thescreammer.blogspot.com/

    ReplyDelete

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)

Post Top Ad