Post Top Ad

Monday, November 11, 2013

Jangan Pandang Rendah : Ayer Hitam Forest Reserve

morning olsss... baru selesai makan nasi  yang dibekalkan encik tunang untuk dibawa ke tempat kerja. thanks so much seratus juta limaploh kali :)

setelah log on beberapa kali akaun google ni, barula ada mood nak menulis entri... kali ni berunsurkan alam sekitar plakla....mari berhiking bersama-sama.

hmmm...kali ni hiking xjauh, belakang rumah je..maklumla...nak menjimatkan petrol. lagipun, apela salahnya teroka kawasan dekat dulu sebelum kawasan jauh2. walaupun ketinggiannya tahap beginner je, tapi korang jangan pandang rendah, nampak je bebudak ramai hiking...sekali naik, tercungap jugakla.....

Hutan ni sebenarnya hutan simpan yang dikelola oleh UPM. senang citer UPM la pegang, untuk diorang research dan sebagainya. aku dok google2 baru dapat tau ketinggian dier dalam 233 meter / 764 ft....e'eleh...rendah je......haaaa...tryla naik dulu. aku berani 'bet', korang turun dengan baju yang basah lenjun...bukan sebab mandi kat air yang mengalir dalam hutan ni, tapi bermandi peluh.

rasa tercabar bila aunty yang umur lebih dari aku lebih laju & fit untuk mendaki....arghhhh!!!


ni antara tanda2 yang hutan ni UPM yang jaga, aku pernah terbaca kes hutan ni pasal larangan masuk hutan ni....tapi dah terlalu banyak membaca, sekarang xtau ape status kes tu. dengar2 UPM xbagi orang awam masuk, tapi orang sekeliling mintak dibuka untuk orang ramai. dok nego itu ini, dapatla masuk tapi bersyarat...ada certain kawasan orang awam xboleh masuk...kalau masuk jugak......faham2 je la....sediakan duit RM10k ++ untuk bayar denda kalau tertangkap


laluan trekking dier bleh dikatakan easy level la....mula2 laluan curam...pastu landai...curam balik...landai...bla...bla..bla...sampai turun bawah balik....xkisahla janji ada sumber air


kalau korang perasan budak2 yang turun tu......budak kot......


sampai puncak....bajet naik gunung kinabalu...walaupun puncak tak tinggi tara mana, tapi rasa puas jugakla...


antara flora yang sempat aku snap....fauna xperasan plak


ok..air ni sangat sejuk & segar..sebab tu jadi kanak2 riang jumpa air jap



dan ini...kawasan puncak yang berbatu


actually, puncak berbatu ni bukan salah satu laluan dalam hutan tu, yang ni baru laluan permulaan sebelum sampai ke permulaan laluan trekking ke hutan tu.... sampai sini pun aku dah semput, belum masuk hutan lagi

hutan ni sebelum pukul 7 pagi orang dah ramai hiking...tambah2 hari minggu...memang pesta hikingla kat sini

so, next hiking maybe kat bukit saga, ampang atau maybe jugak kat bukit ungku busu, lumut, perak

tak nakla hiking tinggi2 sangat.....aku sedar...aku baru tahap beginner.... so, slow2....bukan nak kejar ape2 pun...buat aktiviti waktu lapang, untuk sihatkan badan

so, sape2 nak join, jomler.....aku xkisah sesape join pun...xmemilih...asalkan korang prepare untuk diri korang sendiri :)


argghhhh!!!prohibited area!!!


11:53:00 AM / by / 2 Comments

2 comments:

  1. eh ayer hitam ni bukan kat Puchong ke??xtau plak ada hutan kat situ

    ReplyDelete
  2. @afzalsukasuki

    yepp..kat puchong...kat taman wawasan 5/1

    kan..ramai yang xtau kewujudan ayer hitam forest reserve ni

    ReplyDelete

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)

Post Top Ad