Post Top Ad

Thursday, July 17, 2014

Tips Elak Sembelit

korang ada group whatsapp tak?

pagi tadi dalam waktu bersahur dah start berbunyi notification group whatsapp aku waktu tido & opis hour memang aku silentkan..semak je sikit2 bunyi..sikit bunyi. tambah2 yang jenis suka post benda copy paste ni. so ada seorang mummy ni bercerita gara2 sembelit sahurnya hanya minum air gara2 tak masak nasi, so aku tanya, kenapa tak masak nasi mala tadi je?then dia bagitau, lebih sejam dok dalam toilet gara2 memerut sembelitla tu then lepas memerut tido sebab tak larat.


so dari situla idea aku datang untuk menulis entri ni....

dalam kes2 sembelit ni, banyak dah aku jumpa orang terdekat aku kena sembelit and rata2 yang kena sembelit tu jenis tak suka makanan yang ada fiber / serat...... so please, sila rajinkan diri makan buah-buahan especially yang banyak fiber.kenapa tak suka makan buah ek?sedap kot....macam2 buah ada kat malaysia ni.. 

ok, bagi yang susah sangat perut dia nak terima buah-buahan tu, korang boleh cuba makan yougurt, insyaAllah berkesan... yela, dengan macam2 perisa & masam yougurt tu , memang senangla nak memerut...yang ni berdasarkan pengalaman aku...sebab tu aku tak suka sangat makan yougurt luar rumah..nanti tak menyempat nak cari toilet...hahaha

...dan lagi satu, korang boleh cuba minum jus yang ada fiber...korang boleh cari kat farmasi, cakap je korang sembelit. nanti diorang akan suggest minuman fiber, ala2 jus giteww... ade junior aku minum sepeket pastu dalam beberapa jam berlari ke toilet...hahaha

yang sakit perut cirit-birit plak, minum teh pekat tanpa gula (kelat+pahit) , memang berkurangla lepastu...ni pun berdasarkan pengalaman aku...masa aku kawen aritu (hari bertandang rumah pengantin lelaki), entah berapa kali aku keluar masuk toilet..last2 akak aku kasi minum teh pekat..alhamdulillah....lega...tapi jangan amalkan selalu, tak baik untuk buah pinggang minum pahit2, kelat2 ni... kalau sekali sekala takde masalah :)

yang lagi bagus pegi klinik tanya doktor ok.... 
9:25:00 AM / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)

Post Top Ad