Post Top Ad

Thursday, October 2, 2014

White Water Rafting & Caving @ Gopeng, Perak : PART LAST

.....sambungan daripada PART 1 & PART 2

Part 3 nak cerita apa ek?Oh, baru teringat harga minyak naik 20 sen..arghhhh!!!!

tapi aku bukan nak fokus kat isu tu. aku nak sambung cerita dari entri sebelum ni.

lepas activity caving tu, kitorang dibawa ke satu tempat penginapan untuk bermalam kat situ. kalau tak silap aku, namanya Dmal chalet...rasanyala. kitorang amik dua bilik je. 1 bilik untuk lelaki, 1 bilik untuk gegurl...eh, saya jadi orang bujang haritu :)

bilik dia actually macam dorm. katil double decker. tapi ok la...takla sempit...bila duduk ramai-ramai ni paham-paham je la...jadi joyahler...ada jer benda nak digosipkan.alamak, lupa nak amik gambar bilik & persekitaran chalet tu.

so, sampai je kat bilik tu...kitorang landing terus... ada yang mandi, tido, gosip...etc. dan aku......cer teka buat apa?of coursela mandi, pastu tido terus...pehhh, nikmatnya tido lepas mandi.tambah badan tengah letih....bangun-bangun je aku tengok bebudak ni tengah ber'bbq'...huh, nampak tak tido mati disitu?

lepas bangun, solat jap, pastu terus keluar tengok 'kite bakor...kite bakor'..... ayam, ikan, sosej....nasi goreng pun hado....so, malam tu ber'bbq' la kitorang sambil berchit chat mengenang kisah lampau. cewah!


 Pic : lepas keluar dari gua....menunggu untuk dibawa ke tempat penginapan


  Pic : K.A.M.I

 Pic : gosip!

Pic : gosip jugak!!

 Pic : gosip lagi!!!

 Pic : aku rasa gambar ni smart sebab ada kucing kat tengah-tengah tu

 Pic : bersedia untuk ke tempat penginapan

 Pic : maaf kucing, sebab kamu terlalu comel untuk menjadi mangsa pelukan sape-sape yang jumpa kamu


 Pic : sesi ber'bbq' pun bermula disebelah malam...bakor..bakor

Pic: yang tudung hijau tu propa je sibuk bbq...nak tunjuk dia pun masak dalam gambar ni... :P
sori iz..hehe


 Pic : orang laut kalau tak reti potong ikan.....tak taula nak cakap apa...terjun laut je la....

 Pic : kami? kami sebagai penghibur je :D
kasi bising tempat tu




 Pic : bakor..bakor..makan-makan.....sembang-sembang....boommm..terjun tiruk atas katil. tido untuk next activity

esoknya bangun, solat subuh then dalam pukul 8.30 am gitu kitorang gerak ke Lata Kinjang. untuk apa?saje santai-santai...dah reunionla katakan...masa ni la nak bersama kawan-kawan. ok jujur aku cakap, pagi tu memang aku tak mandi disebabkan nak mandi kat Lata Kinjang punya pasal. eleh, korang-korang yang pegi, yang tengah baca entri ni pun sama kan...jangan nak troll sangat..haha..jangan nak euww sagat!


 Pic : kalau korang perasan kat highway PLUS north-boud antara Tapah & Gopeng, air terjun ni di sebelah kanan tersergam indah dari jauh
sampai-sampai je kat sana, 2 kali siren kecemasan dibunyikan...sape yang selalu pegi air terjun taula. amaran supaya sape yang ada kat dalam air naik atas darat cepat-cepat sebab bahaya. aku tengok air terlalu deras dengan keruhnya..pehhh....mungkin sebab hujan malam tu sampai ke pagi. tapi firasat aku cakap tu kepala air walaupun takla seteruk macam dalam youtube. air deras, keruh, paras air naik mendadak, ada kayu-kayu,ranting-ranting sekali masa air mengalir...tu antara sign kepala air... first time aku dengar & lihat sendiri. tapi lama-lama air kembali ok...so boleh mandi manda tapi kena berjaga-jagala.




Pic : setting up tempat, makanan...etc

ok, lepas dah setup tempat sume, anak-anak dara ni la dok masak & prepare sandwich bagai....kita kasi 'can' la kat anak dara yang buat....nak kawen kena pandai masak...auwwww...

so, dah makan..terjun dalam airla...yang naik jambatan gantung, terjun gelongsor, mandi-manda, berendam...semua ada. yang jadi kuarter master pun ada...jaga makanan je :P




 Pic : kanak-kanak riang sedang bergembira


Pic : tak nampak sangatkan muka tak mandi?auwww :D

so, dah puas makan-makan, mandi-manda...kitorang pun bersiap untuk balik ke KL. yang balik Johor pun. ada jugak yang singgah Ipoh. 

Ok, habis dah activity beramai-ramai....pulangggg...

tapi 2 bijik kereta ni tegar betul..sampai KL lepak dulu..konon-konon nak minum je...sekali makan mee tarik pulak...entri kat SINI

selesai sudah cerita activity kali ni...next activity ape ek...hmm....adakah pegi Mossy Forest kat Cameron Highland?kite tungguuu....


sekian


Pic : kasi jeles sket...perghhhh!!!




*nota kaki :
korang bleh rujuk SINI untuk variasi cerita & gambar. 




"In all things of natures there is something of marvelous" 

THE END

9:50:00 AM / by / 1 Comments

1 comment:

  1. waw.taksabar nak g next event! sumpah excited tahap takhengat

    ReplyDelete

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)

Post Top Ad