Post Top Ad

Wednesday, January 7, 2015

Travelogue : Terengganu...Here I Come

Assalamualaikum.....Hello 2015....first entry di tahun baru gitu (nampak tak dah lama tak bersenam jari?)

ok la, kira tahun ni nak berazam barula...nak kasi rajin sikit menaip entri.lagi satu azamnya, nak travel banyak tempat...so boleh kongsi travelog nanti dengan korang kalau korang sudi bacala. 

so untuk first entry 2015 ni, aku nak cerita travelog aku ngan incik somi ke Terengganu. jadi jakun sekejap sebab first time aku berjalan kat Terengganu. sebelum ni ada jugak. pergi Pulau Perhentian...tapi lepas snorkeling balik terus, takde berjalan ke mana.

actually, aku pegi Terengganu ni bulan lepas minggu cuti krismas aritu...tapi tu la, baru ada masa nak up entry malas sebenarnya. 

tapi travelog aku kali ni tak banyak tempat sangat sebab fokus kitorang ke Terengganu kali ni sebab nak kenal2 dengan sedara2 sebelah incik somi (kacuk Terengganu & Kedah rupanya :P )

Hari sabtu baru gerak ke sana lalu Lebuhraya Pantai Timur. sebenarnya masa kitorang pergi tak beberapa sesuai sebab masa tu dah start musim hujan, banjir & air pasang. tapi family punya pasal, balik je la....takde hal.

Sampai sana, kitorang menginap kat rumah makciknya incik somi kat Gong Badak. kira Gong Badak ni dalam Kuala Terengganula...kat area airport sinun.smpai sana dah malam, makan2..lepastu terus tido...

Esok paginya, startla menziarah sedara-mara kat area sana. pegi semua rumah, semua jamu keropok ikan...aiyooo....heaven..peberet gitew...petang tu sebelum balik sebenarnya plan nak tengok orang kutip kerang kat pantai area Seberang Takir...sekali sampai sane..pehh..kemain ramai umat...so, tak jadi singgah...

Last2 pak mertua aku bawak gi Pantai Tok Jembal layan angin laut kejap...




dalam perjalanan ke Pantai Tok Jembal...



ni la pantainya....angin kemain kuat...nak mandi?jangan mimpila buat masa ni....ombak kemain tinggi...tak sesuai nak buat aktiviti keluarga kat sini...tapi kalau setakat nak dating2 lakibini bolehla... :)

so lepastu, pak mertua & mak mertua aku balik rumah dulu. kami lakibini ni jalan2 dulu..tak taula laki aku bawak kemana, aku mana tau sangat tempat2 kat sinun...ku ikutkan aje...

dah maghrib baru sampai rumah....






so malamnya pulak, kitorang pegi makan kat secret recipe kat town. tak selera dah nak makan nasi bagai sebab perut dah penuh dengan keropok & keropok lekor...aku ngan incik somi hanya mampu order a slice of cake je....tu pun kemain susah nak mengabiskannya...


incik somi order red velvet



puan isteri teringin nak makan brownies ice cream



yang lain semua order tomyam bagai...owhh...cannot...i'm very full

sebelum balik rumah, plannya nak pegi waterfront kat town tapi kereta yg incik somi bawak stuck dalam jemmm....so aku, incik somi & sorang makciknya tak pegi..yang lain kemain syok tengok air laut pasang malam tu....huargghhhh!!!

takpela...takde rejeki namanya...

esoknya aku & incik somi nak balik kl dah...pagi tu merayau dulu ke Masjid Kristal. tak best sangat nak berjalan sebab hujan...nasib baik tak lebat...haduii..





petang jugakla baru kitorang gerak ke KL.....dalam perjalanan balik, kitorang terpaksa berpatah balik sebab ada tempat air dah naik (esoknya tengok berita tempat tu banjir teruk). so, lewat jugakla sampai KL nye...tapi takpela..asalkan penat tu berbaloi.



“We travel, some of us forever, to seek other states, other lives, other souls.” 

3:36:00 PM / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)

Post Top Ad