Post Top Ad

Thursday, January 8, 2015

Travelogue : One Day Trip To Malacca City

Assalamualaikum....selamat tengahari uollss....dah makan?

kepenantan harini. actually baru balik dari klinik terus pegi kerja...adoii..tak larat rasanya..namun kugagahkan jua...haha...adoiii...skema pulak ayat kak bedah ni haa..

ok, entry harini aku rasa panjang sikit dari biasa. sebab apa?sebab aku nak cerita benda yang aku suka. apa yang aku suka?jeng..jeng..jeng...the culture & heritage of baba and nyonya....gitewww...

minggu lepas aku dengan incik somi buat lawatan sambil belajar ke Melaka.disebabkan incik somi keje hari sabtu, so buat one day trip la hari ahad tu.so macam biasa, kalau plan selalunya mesti tak menjadi....konon2 plan lepas subuh terus gerak ke melaka, konon2 nak breakfast kat sana....last2 pukul 11 pagi baru nak gerak dari rumah...sampai sana dalam pukul 1.30...ngam2 waktu lunch. cadangnya nak makan kat restoran asam pedas yang famous kat bandar hilir tu (Restoran Asam Pedas Selera Kampung...sila google sendiri)...tengok2 kemain ramainya umat...so tak jadi...makan depan restoran tu. boleh tahan jugak harga...kitorg amik asam pedas siakap separuh ekor...20hengget nokkk....nasib baik sedap.

so, dah abes makan, kitorang jalan2 kat bangunan merah..Bangunan Stadhyus. actually bangunan ni adalah bangunan tinggalan dari Belanda dolu2...




  
tak lama sangat kitorang berjalan kat sana...yela, setiap kali ke melaka, kalau tak kota A Famosa, bangunan merah ni...bosanla pulak...

kitorang teruskan perjalanan ke Jonker Walk...yesss!!part ni yang aku suka!!



macam seteres je sebab gambar aku kurang....dah aku yang menangkap gambar...sape nak tangkap gambar aku??suami?harapanla.....adehhh

bagi yang tak tau kat mana Jonker Walk ni, dia berhadapan bangunan merah tu...cuma dipisahkan dengan Sungai Melaka. cer tengok gambar atas tu...kiranya sebelah kiri tu Jonker Walk, sebelah kanan tu bangunan merah....jalan punya jalan...terjumpala satu muzium peranakan. sebenarnya ada lagi satu muzium, tapi disebabkan mahal sikit & tak boleh bawak kamera masuk...so, malasla...lagi pun dah pernah pegi. kitorang decide nak masuk Chinese Straits Jewellery Museum. harga asal dia RM15...tapi kalau korang pandai cari satu bangunan baba nyonya ni, korang boleh dapat masuk dengan harga RM10 je...bangunan tu sebenarnya kedai jual barang2 antik baba nyonya ni...kira diorang ni agenla. no.lot muzium tu 108,Jln Tun Tan Cheng Lock.bangunan kedai yang aku cakap boleh dapat tiket murah tu tak jauh dari muzium satu lagi yg aku cakap mahal tu...

dahla murah...boleh bawak masuk kamera..tu yang best!!!

ok...aku nak start bercerita...

seperti yang kita tau, kaum baba dan nyonya ni mula bertapak kat Tanah Melayu dah lama...zaman pedagang dari China datang ke Tanah Melayu lagi. kebanyakan diorang ni orang Hokkien. so ramai diantara diorang berkahwin dengan orang sini...so jadila baba dan nyonya.walaupun budaya dan tradisi diorang mirip bangsa melayu, tapi kebanyakan diorang masih berteguh dengan agama diorang.tapi ada jugakla yg dah convert kepada Islam, Kristian, dsb.

diorang ni penuh berseni, aku suka tengok budaya, cara hidup & peralatan yang diorang ada. pernah dulu aku berangan nak kawen dengan orang baba...hahahahaha



cer tengok pasu nih...cantik kan?even merah putih je...


ok, yang ni nak kasi info sikit, ni namanya kamcheng. dalam bahasa hokkien, kamcheng tu maksudnya cinta. so diorang percayala, kalau lakibini minum air dalam kamcheng ni, they'll never be apart..kira bahagia selamanya..yang ni berdasarkan drama The Little Nyonya la...nak tau benda tu betul ke tak, kena tanya orang baba nyonya sendiri.

tapi serius comel kamcheng ni..rasa nak beli 1 buat hiasan kat rumah...tapi...tapi..tapi......harganya...haihhhh....1K kot...lebih pun ada...huargghhhh



yang ni pulak halaman rumah kaum baba nyonya.comel je ada perigi tengah rumah



yang ni antara barang2 kemas yang kaum nyonya pakai...ada yang dikhaskan untuk yang sudah kawen, ada yang untuk anak dara.



sama macam orang melayu punya kan....?



yang ni kasut nyonya...kasut diorang kebanyakannya beading dengan manik2...handmade ok!zaman dulu anak dara nyonya kena pandai memasak & jahit menjahit. kalau tak, memang susahla nak dapat laki...zaman sekarang?entah...tak tau..hehe



dua gambar kat atas ni pulak adalah surat kahwin bagi kaum baba nyonya...kira macam sijil nikahla...

satu info yang aku dapat dari tourguide muzium tu, malam pertama selepas diorang berkahwin...seekor ayam jantan dan seekor ayam betina akan diletakkan dibawah katil pengantin. so esok paginya, kalau ayam jantan yang keluar dari bawah katil tu dulu, maknanya diorang akan dapat anak lelaki dulu dan jugak sebaliknya...gitula ceritanya.



yang ni pulak bakul siah...macam mangkuk tingkat orang melayula...tapi ni bakul..besar...kalau melawat sape2, diorang akan bawak buah tangan guna bakul ni la..


yang ni 'songkok' untuk baba. digunakan pada hari perkahwinan diorang. lupa nak snap nyonya punya...kira macam crownla...



yang ni gelang kaki yang dipakai oleh anak dara nyonya. diorang kena pakai gelang kaki ni untuk menunjukkan yg diorang belum kawen.....sampaila hari diorang kawen, baru tanggalkan. maksudnya diorang not virgin anymore.

ok...selesai tour untuk muzium peranakan.



gambar yang aku tunjuk tu adalah dari drama The Little Nyonya...korang search je kat youtube. serius best!korang akan banyak belajar pasal baba nyonya dalam drama tu.


kalau nak datang muzium ni, cari papan tanda ni depan bangunan..

lepastu, perjalanan diteruskan di sekitar Jonker street. singgah solat jamak kat masjid kapitan kling dulu.... 


tak jauh dari situ, dalam Jonker walk jugak, korang akan jumpa binaan ni..apa dia?

haa..ni la makan Hang Kasturi..pahlawan 5 bersaudara



so, nak balik dah...sebelum balik, singgah makan cendol depan bangunan merah ni dulu....superb cendol dia....dari zaman aku study, aku suka layan cendol sini....memang sangat sedap!!


nak balik kena lalu menara Taming Sari ni...

dah manghrib, singgah solat kat mall yg ada kat Dataran Pahlawan tu...pastu incik somi plak nak ber'foot' refleksologi..layan je la....lepastu shopping sket....cencalok, belacan, dodol, dsb....barula balik KL.....

nasib baikla esoknya keje, kalau tak tambah sehari lagi...tido dalam kereta pun aku sanggup...janji dapat berjalan...

“A good traveler has no fixed plans and is not intent on arriving.” 

― Lao Tzu
2:29:00 PM / by / 1 Comments

1 comment:

  1. pergi melaka tak pernah lagi sampai sini.. boleh jenjalan ke sini la lepas ni

    ReplyDelete

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)

Post Top Ad