Post Top Ad

Thursday, July 9, 2015

Travelogue : 2 Days Trip to Cameron Highland...yeayy!!

uishh..penat bekerja...outstation dah berapa bulan dah ni. balik rumah pun sebulan sekali je. memang boleh dapat anugerah pekerja cemerlang dah ni...adesss

bila dah penat bekerja, tiba2 ada orang ajak pegi holiday..memang bestla...akak aku ajak pegi Cameron Highland kali ni....alang2 nak rehat, boleh sambut birthday abah aku sekali kat sana. kali ni kami tak pergi banyak tempat kat sana. yela...dah nama pun nak berehat kan....duduk homestay kat sana sambil menghirup udara yang segar dan dingin gitewww...

kali ni holiday, akak aku belanja sepenuhnya.....yesss!!!aku cari homestay, dia bayar...hahaha..aku cari kat area Brincang..nama apartment tu Crystal Crown apartment. not bad la rumahnya...sangat selesa untuk yang datang berkeluarga. dah macam hotel dah rumahnya. tapi disebabkan masa kami pergi aritu public holiday, harga pun naik sikitla...selalunya RM300 per night. time kami pergi aritu RM350....redha je la...itu je yang ok masa tu. yang lain semua fully booked.

kami pegi pun tak lama...2 hari 1 malam je..

pagi sabtu gerak ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai. sampai sana konon2 nak cari port breakfast bekal yang bawak dari rumah...tengok semua taman penuh dengan manusia pepagi buta tu. last2 turun Tanah Rata, ternampak ada satu taman tepi jalan tu, tak berapa ramai orang. so berkelah kat situ je la.

nasi goreng cina+sambal sotong+petai...mabeles dimakan kat tempat sejuk2 nih!


sementara nak menunggu check in homestay tu pukul 2 tu, kami ronda2 dulu kat Brinchang. akak aku beriala ajak pergi time tunnel, sekali bila dah sampai aku ingatkan dia nak masuk sekali...rupanya dia suruh aku dengan encik suami masuk...belajar sejarah Cameron Highland katanya. abah aku awal2 dah surrender tak nak masuk sebab malas nak berjalan....aiyoooo








lupala berapa fee nak masuk time tunnel ni...tapi jangan risau..murah aje..sangat berbaloi...actually, aku baru tau kat Cameron ni ada time tunnel...so jadi 'perak' sikitla....ohoiiii..


tengok jam macam sempat lagi nak berjalan, so singgah lagi kat satu kedai ni yang jual pokok2 bunga...abah aku sukala berjalan kat tempat2 jual pokok ni....aku pulakla duduk saje sebab malas nak berjalan....akak aku temankan abah aku usha2 pokok..punya lamala dok belek pokok, ingatkan nak beli...last2 keluar kedai dengan tangan kosong...haisssss




lepastu, kami pun bergerakla ke homestay tunggu owner sampai nak bagi kunci. masuk je rumah, semua pakat main cop2 bilik....aku dah tak heran dah bilik mana asalkan dapat lelap seminit dua jadila....mengantuk!
mari minum petang...toasted bread +mangga harumanis


seminit dua sangat, masing2 tido sedar2 je dah petang....so siap cepat2 nak keluar ke pasar malam Brinchang plak...pasar tu petang dah start dah bukak....actually, dekat jugakla dengan homestay yang kami tinggal tu, boleh sangat2 la jalan kaki...tapi disebabkan bawak abah aku, kena jugakla bawak kereta, parking dekat sikit kat pasar aku. kesian plak nanti abah aku kena jalan jauh. pegi pasor malam, abah akula yang kena pow.beli tshirt, sayur bagai...

acah2 romantik gitewww....incik suami belikan sekuntum bunga di pasar malam...jadiler.....tq syg!


dah abes shopping abah aku ajak makan steamboat, dia nak belanja katanya.....sukaa..suka..suka...!!balik rumah...tidoZZzzz

esok paginya, sebelum checkout, sempat jugakla breakfast dulu kat rumah...konon2 nak surprisekan abah akula sebab haritu birthday dia. cari kedai kek tak jumpa..bukan takde, tapi macam agak was2 sebab kebanyakan bakery kat situ orang cina punya. so, abesla 1 cameron pagi tu aku dengan incik suami mencari kedai kek..tapi tak jumpa.

tiba2 teringat semalam ada singgah deretan kedai yang jual cenderamata & pokok2 bunga...kat situ ada cafe yang jual kek..tapi yang jenis slice, orang melayu buat. so kitorang tryla pegi sana & tanya boleh dapatkan sebijik kek ke tak.....Alhamdulillah, Allah permudahkan... sebijik strawberry cheese cake dengan harga RM45, dapat jugak...sementara tu, akak aku kat rumah buat breakfast.


tadaaaa!!!strawberry cheese cake, bihun goreng & sosej...sedia dimakan

HAPPY BIRTHDAY ABAH!!!

pukul 12 macam tu, kitorang checkout & decide nak turun ikut Tapah memandangkan jalan ke Simpang Pulai masa tu jem. Kebetulan tengahari tu tiba2 kabus tebal diiringi hujan renyai2 tapi kejap je.....alamak...takde plak gambarnye...tapi memang betul2 gelapla masa tu...

on the way nak turun, kitorang singgah kat MARDI Tanah Rata kejap. disebabkan akak aku ni pensyarah dalam bidang pertanian, tak sahla kalau pergi mana2 tak cari tempat yang berkaitan dengan dia...kononnya nak singgah kejap je (nak beli buku katanya)...sekali siap masuk dalam MARDI tu jalan2 lagi.....haa...beli pokokla......

tak larat nak jalan dah...cari port nak duduk2..nak detim2..ops!

ok dah, jom balik!!!

eh, cop!! singgah satu tempat lagi...ladang teh 'BHARAT TEA', cameron valley...abah aku ajak minum pulak....eleh, padahal nak cari anak pokok teh kan....nasibla ada jual kat sana. sepokok RM10....happy leteww...

hidup plak abah aku tanam kat rumah..dah ada tunas!tak lama lagi boleh petik daun teh depan rumah!

ok dah!!!jom balik!!bye!!

sorry entry panjang.....malas nak tulis by part.hahahaha!


1:35:00 AM / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)

Post Top Ad