Post Top Ad

Wednesday, March 30, 2016

Travelogue : Padang, Indonesia (Part 4 - Last)

part last - Day 4 - LAST DAY!!! :(
sahur dulu...solat subuh,lepastu berkemas-kemas nak checkout


1. Pantai Air Manis

lepas checkout kitorang terus menuju ke Pantai Air Manis. ni la tempat paling aku nak pegi.nasib baikla sempat pegi. pantai ni takdela cantik sangat airnya, cuma kat sini ada bekas tinggalan lagenda Malin Kundang (nanti aku cerita detail). rasanya kalau tengok air, macam tak berapa sesuai untuk mandi, mungkin sebab pantai ni tak diselia dengan baik. 





2. Batu Malin Kundang

kalau kat malaysia, malin kundang ni terkenal dengan nama si tanggang. tah wujud, tah tidak...aku pun tak tau.dah nama pun lagenda..mungkin jugak mitos yang diada-adakan untuk memberi pengajaran terhadap anak yang derhaka kepada ibu bapanya. kitorang berkesempatan tengok sendiri batunya...agak unik disitu. menurut apa yang aku baca, bongkahan batu yang ada kat situ menggambarkan pengakhiran hidup Malin Kundang iaitu seorang saudagar yang kaya selepas berlayar meninggalkan kampung, dan apabila dia pulang ke kampungnya, dia tak mengaku ibunya. then apa lagi, kena sumpah jadi batula.kalau akula jadi ibu dia, aku sumpah jadi rumah banglow, tak payah susah2 aku nak kumpul duit beli rumah dah, silap2 boleh jual, duit boleh pegi haji...lolz!tak lama kitorang kat situ..lepastu nak kena gerak ke airport





Sampai je airport, kitorang terus checkin & luggage semua..pergi kosong, balik berbeg-beg..haaa..sementara nak boarding, sempat jugakla aku singgah beli souvenir. nasib baik ada kedai dalam tu..huh..last minute shopping before balik KL. dalam pukul 1 lebih gitu, kitorang pun boarding.......till we met again...will miss you, Padang......byeee. Thank you Dian, thank you Aldy.



so, overall cost = RM1000 +/- for 2 pax
(tiket flight+tourguide+tips+makan+transport+tempat tinggal)

end

“The gladdest moment in human life, me thinks, is a departure into unknown lands.” – Sir Richard Burton

1:49:00 PM / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)

Post Top Ad