Post Top Ad

Thursday, September 22, 2016

Travelogue : SURABAYA, INDONESIA (Part 1)

today is the day..yeayyy!!!

lama dah aku berangan nak pegi Surabaya ni, bertahun dah kot.tapi setiap kali tengok tiket, mesti tak kurang RM700 sorang...hurmm....kali ni dapat yang murah, memang tak lepas peluangla...nak pegi jugak!

so, tarikh pun dah dipilih, 14/9 - 19/9 tahun ni. dengan harga tiket kurang daripada RM500 untuk 2 orang, pergi balik termasuk baggage,seat, insurance & meal..aku & dia terbang menuju ke sana. dalam kepala otak dah terbayang-bayang tempat yang selama ni aku nak pergi.

disebabkan holiday kami tak terlalu lama, kitorang buat keputusan nak ambil guide. memandangkan Indonesia ni tempat dia agak jauh kalau nak ke satu tempat yang lain. kalau cuti sebulan, bolehla aku redah je.ni, berapa hari je.

RABU, 14/09/2016

Perjalanan bermula pada jam 3 petang, after singgah bank di Puchong untuk aktifkan pengeluaran luar negara...kitorang gerak ke stesen Klia Express Salak Tinggi, park kereta kat situ sebab murah..RM2 sehari beb. Dalam 4.30ptg macam tu sampai Salak Tinggi, tiba-tiba hubby cakap dia tak bawak kasut hiking...grrrrr....nasib baikla ada kedai hardware kat situ, beli kasut menoreh getah tu..hiks!lepastu kitorang gerak terus ke KLIA2.

 kali ni tak lewat dah :P


Dalam pukul 7 gitu, kitorang dah ready untuk boarding. tiba-tiba ada announcement flight delay dalam 10minit sebab ada makcik tak ada boarding pass, ada travel itinerary je.rupanya tak check in. 
rasanya hampir keseluruhan yang boarding adalah orang Indonesia. adalah sekerat dua je orang Malaysia + mat saleh

macam biasa, kalau perjalanan lebih sejam kitorang akan buat pre-book meal. lapaq dah satu hal, bila lagi nak merasa in-flight meal.sedap oh! Nasi briyani & Nasi dagang menjadi pilihan kitorang kali ni. macam biasa laki aku, nasi briyani tak habis-habis.

lepas makan, tulisla travelog sikit-sikit..takut lupa plak

dia....tak habis makan lagi....lepas makan, sambung tidur

haihh, kalau naik flight international ni memerlukan keselesaan. tapi kau jangan berangan kalau naik flight murah gini.....

...citer dia gini...

aku kalau naik flight ni biasala pening-pening (tapi tak sampai tahap nak muntahla). dahla tengah pening kepala, budak-budak plak nangis sana-sini...takpa, boleh faham lagi. ni yang jenis suka kesana-sini tak reti duduk kat seat ni satu hal. nak ditambahkan geram lagi, acik belakang seat aku ni...sikit-sikit bangun,berdiri..dahla ditariknya seat aku.nak bersandar pun tak senang.haih!!dok sibukla usha anak teruna dia depan aku...eh, ke laki dia?hmm...
hampir sampai!!!

dalam pukul 9 malam waktu sana, flight selamat sampai di Bandara Juanda International...lega....excited!!(satu benda yang kitorang tersilap masa ni, tak tukar duit siap-siap...diorang tak nak terima duit Malaysia untuk urusan jual beli...tak macam kat Padang dulu....menyesal gila) so korang kalau nak ke sana, sila tukar duit siap-siap!!!

dah sampai sana, terus jumpa kitorang punya tourguide, Nasrul namanya...total person yang joint trip tu, 7 orang termasuk pak supir.so, sebelum bergerak terus ke Bromo malam tu jugak, singgah dinner dulu (makan lagi)..kita pekena rawon plak...dah alang-alang sampai kat tanah Jawa ni kan...nama kedai tu Rawon Majapahit. tak jauh dari airport tu.

ni ghopernye rawon...nasi + sup...baru ku tahu...ingatkan macam manala rupanya

KHAMIS, 15/09/2016 (Perjalanan bersama my hubby, Nasrul, Herii, Yoyok, Baharudin & Pak Samsul) 

lepas makan, perjalanan diteruskan ke Bromo. jam 1 pagi sampai kat Bromo...so checkin kat 'Savana Homestay'...rehat-rehat sejam sebelum memulakan perjalanan untuk tengok sunrise. so, dalam 2.30 am macam tu, kitorang gerak dengan menaiki sebuah jeep. perjalanan dari homestay ke Taman Negara Bromo Tengger Semeru tu mengambil masa dalam setengah jam.

pukul 3 am dah sampai kat situ, waktu-waktu macam tu orang dah mula ramai dah. sejuknya...Ya Allah, ampun...sejuk sangat-sangat.aku ingatkan boleh bertahan, akhirnya tewas mencari sarung tangan...menggigil kot. sementara tunggu sunrise tu, kitorang lepak-lepakla kat situ sambil menghirup secawan teh o panas & pisang goreng panas...pehh,sejuk-sejuk gitu rasanya kalau boleh nak berpinggan-pinggan pisang goreng. 

4.15am dah masuk waktu subuh. solat dulu then baru pegi ke spot location kat Penanjakan 1...baekk punya location, tak ada orang.tak payah nak rebut-rebut macam dalam gambar-gambar yang ada dalam internet :) so boleh tengok view Bromo puas-puas. nak view cantik, sila cari fb 'Surabaya Holiday'...dia tau kat mana nak dapatkan view cantik!

matahari dah mula menunjukkan sinar....cewahhh..malu-malu lagi matahari masa ni 

tadaaaa......subhanallah, maha suci Allah....cantik kan?

spamming with our photo

dan lagi....ada lagi sebenarnya, tapi tak mampu nak upload banyak-banyak...ada 500 lebih semua...bahahaha

turun Penanjakan 1, moh ke kawah Bromo plak

pukul 6 pagi, kitorang gerak ke Bromo plak.....hiking kat Bromo ibarat naik tangga Batu Caves. tapi jangan ingat mudah...tinggi & lenguh kaki wehh.dari kawasan jeep parking nak ke kaki gunung Bromo tu,kitorang decide nak naik kuda...tak lalu rasanya nak jalan jauh. kira seekor kuda RM30 (return), bila dah sampai kaki gunung tu, diorang akan tunggu sampai kita turun dari hiking Bromo tu...cool!!

kudaku lari gagah berani...

selfie selagi boleh

Dekat Bromo ni, kalau kau tak beli face mask, jadi ninjala kau....atau kau akan pulang ke Malaysia dengan batuk-batuk. debu...

kat atas tu kawahnya....kena naik 250 anak tangga untuk sampai. nak tau sejarah Bromo, boleh gugel-gugel ye.... (nampak tak malas nak menaip?)


ninja dah bersiap-sedia nak hiking

tadaaa...sampai dah....tu la lobang kawahnya. bunyi dia...menakutkan...bak kata Nasrul,bunyi dia macam neraka (aku pun tak tau bunyi neraka macam mana....hahahah)eh, kawah tu aktif lagi ye kawan-kawan :)

menung apa tu..??mesti kalau panggang ayam, cepat je masak kan..?panas tu..

so, sebelum ke savana (bukit teletubbies), sempatla beli souvenir Bromo,magnetic fridge....tu pun tak banyak. tak ada dalam plan pun nak shopping-shopping..huuu...harganya dapatla dalam IDR10,000/pc...beli 7, dia kasi free 2...rejeki.

perjalanan diteruskan ke Bukit Teletubbies.masa ni dah pukul 8 pagi. tak pasti kenapa nama dia gitu, yang pasti, macam mana kau tengok citer teletubbies tu, macam tu la view dia.

aeee ongggg!!

acah-acah sweet tahap potong kaki punya

dah habis santai, lepak-lepak, amik gambar..gerak balik ke homestay...otw nak balik berhenti singgah kat Pantai Pasir Berbisik. eh, tak ada air ok...pasir semata-mata

@Pantai Pasir Berbisik ... berbisik-bisik pasir tu suruh datang lagi....haihhh..gambar aku kat sini kena banned dari internet,takut-takut kalau aku upload dikatanya budak raver dsb.

10.30 am, sampai ke homestay, rehat, lunch, tidur tak hengat sebab letih sangat, solat jama' zuhur asar pukul 11.30am. terus bersiap-siap untuk gerak ke next destination. disebabkan tempatnya jauh kenala gerak awal. 

1pm, kitorang terus gerak ke Banyuwangi untuk next activities. seberang Banyuwangi, boleh nampak Bali...eh, dekatnya!!!nasib baik cuti 4 hari je..kalau seminggu, kesana dah.

berhenti rehat..sempat merasa bakso di jalanan...Ya ampun...sedap gilaaa.....

7.16pm  baru sampai hotel kat Banyuwangi tu, isyak dah....kitorang checkin kat  'Cawang Hotel'...lepastu keluar dinner. mencari bebek plak....kita makan bebek ini hari... nasi putih+bebek masak pedas (amat pedas) + es teh. bebek tu actually itik. kat sana itik murah,so amik kesempatan makan itikla..kat sini jarang dapat itik buat gulai. orang cina rajinla makan kan...

balik hotel, rehat puas-puas.pagi nanti ada sesuatu yang menanti........

                                                   ..... to be continue......

"collect moments, not things"

*updated
PART 2 
PART 3
PART 4
PART 5
3:16:00 PM / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)

Post Top Ad