Post Top Ad

Friday, April 14, 2017

Travelogue : SURABAYA, INDONESIA (Part 4)

okeh.....sambungan dari sebelum ni....PART 3

malam tu makan ala kadar je... makanan yang disediakan pihak hotel..siap hantar ke bilik nyahhh!!

roti bakaq cheese, fries & teh ais cayaq roi....bolehla daripada takde langsung

malam tu tidoq awai sebab esoknya sebelum subuh nak gerak ke bandar Surabaya, 4-5jam jugakla kalau non-stop.

pukul 3.11 am, kitorang checkout & terus menuju ke bandar besar Surabaya. dalam perjalanan, singgah solat subuh kat masjid area Situbundo....perjalanan diteruskan & sebelum sampai ke bandar, pak supir ajak singgah kat rumah kakak dia. kebetulan masa tu musim buah ciku, ape lagi....bersila atas pangkin luar rumahla.... lepastu kitorang jalan lagi....singgah beli ole2 yang berupa makanan orang tempatan kat situ.





orang kat situ cakap, yang paling sedap dikalangan orang tempatan situ, tapai...tapi kitorang xbelila sebab rasa macam renyah plak nak bawak balik naik flight. so beli kerepek2 je la.yang macam kotak berbalut, berikat tu la tapai.

dalam 8.20 pagi, kitorang singgah makan kat satu kedai ni, Sari Rawon kat daerah Probolinggo...eh serius sedap kat sini!

jangan lupa landmark ni kalau nak makan sedap!

nasi putih + cumil (sotong) asam manis...dahla sedap, murah plak tu

dah siap makan semua, so gerak ke bandar & sebelum tu kitorang hantar Yoyok & Din balik rumah. kitorang pun kena hantar kat hotel & tour pun habis kat sini. hotel tu pun tak termasuk dalam pakej, so kena bayar sendiri...1 malam dalam rp.100000...11pagi dah sampai & kitorang rehat dulula...hotel dia not bad..hmm....agak bad jugak sebenarnya tapi duit dah tinggal sikit,xnak draw dah, pakai duit yang ada je.


dan dengan ihsan pak supir, dia berbesar hati nak bawak kitorang jalan2 sekitar bandar petang tu..
so, 6.30 lepas solat maghrib, kitorang keluar. first tempat kitorang singgah, icon surabaya...




bergambar dengan pak supir & family. datang Surabaya tak sah kalau korang tak singgah sini.

lepastu terus dinner kat restoran Mie Akhirat. antara menu yang kitorang order :
1. Ramen neraka
2. Nasi goreng api
3. Es strawberi
4. Es lemon tea

dia punya makanan, bapakla pedas amat...so boleh relatela dengan nama kedai dia. huh!

landmark! tak jauh dari icon surabaya tu.

this is ramen neraka. nampak macam mee sup je...sekali makan, kebas lidah..pedas!samyang ramen versi indonesia

first time makan tak habis...rasa macam tak luak pun..


dah selesai makan, kitorang teruskan perjalanan ke Pulau Madura melalui jambatan Suramadu. saja nak ambil angin malam...Madura ni terkenal dengan kain batik & ubat kuat untuk lelaki & perempuan kalau nak tau. tapi takdela plak kitorang beli,takut jugak takde kelulusan kkm ni.,hahaha...borong kain batik madura je la..



nego jangan tak nego...dan akhirnya berjaya dapat murah

pukul 10 malam gerak balik hotel, pukul 11 dah sampai...so tidur terus..penat teruk malam tu akibat berjalan.

Hari Ahad, 8.40 pagi - checkout hotel. ingat nak singgah Sunan Ampel, tapi tak sempat..takut terlewat plak sebab kat sana boleh tahan jem jugak. so singgah kedai, breakfast nasi & bebek(itik) goreng je la.

lepastu terus menuju airport,checkin & tunggu flight. flight delay plak...tapi nasib baik tak lama...sempatla nak berjalan dalam airport tu..

so, tamatla travelog ke Surabaya untuk kali ni...hmm....next kemana kite ye...?tunggu...

bye..







3:38:00 PM / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)

Post Top Ad